Friday, November 28, 2008

Baca ikut arahan selanjutnya

INGAT baca mengikut ARAHAN NO. yg d berikan... InsyaAllah anda pasti boleh...!!! SELAMAT MENCUBA... ;0)
1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5

2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bce NO 9

4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15

5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16

7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?

9- tak payah la b'debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..

11- da pnt ekh? Bce jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)

13- tgl cket jek lg bce NO 20

14- argh,pnt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6

16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12

17- ades,nk ckp neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..

20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

sorry la kengkawan..aku pon nek pening baca posting ni

Thursday, November 13, 2008

lawak lagi


Sakit Jiwa
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis
surat.

Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar,baru la aku boleh

-----------------------------
Peguam materialistik
-----------------------------

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya..
sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan
pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..


Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang
sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang
dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda
lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau
terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan
Rolex saya?!!"
-------------------
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. .
"Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Samb! il menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. da n ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata...
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan..
------------------------------
Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sed! ia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu.

"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif

lawak sikit je ni...hee..hee.hee.hee

ALKISAH SI SAM DAN DOL

suatu hari DOL telah bertanya kepada SAM..

DOL: ko ni SAM..mesti ada AIDS kan?

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
-----------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
---------------------

bendol bin jendol cikgu ni

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Titom, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibukota negara.

Cikgu: "Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Palin: "London, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis: "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu: "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola: "Lima, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola: @#$#@!

Tuesday, November 4, 2008

terbaru...test drive mpv

ni gambar tebaru aku dapat utk mpv proton


Friday, October 24, 2008

NOTICE

SALAM PADA SEMUA,
RUMAH BLOK 404,JLN PE'OT BUNCIS INI AKAN DI TUTUP SEMENTARA
SEHINGGA DI BERITAHU KELAK.MUNGKIN DELAPAN BULAN YANG BERIKUT NYA
PENUTUPAN INI BERKUAT KUASA DARI TARIKH 27 RAMADHAN TAHUN INI.
SELEPAS DARI TARIKH ITU,DUKACITA NYA DI MAKLUM KAN BLOK 404,JLN PE'OT BUNCIS INI TIDAK BOLEH DI LAYARI ATAU MELAYARI OLEH SANG PELAYAR.

JIKALAU ADA SESIAPA YANG INGIN MELAYARI DISINI...ADALAH DINASIHATKAN
AGAR BERHUBUNG DGN JABATAN KAJI CUACA DAHULU.DI KHUATIRI MUSIM TENGKUJUH
AKAN TIBA TAK LAMA LAGI...ADALAH BAHAYA BELAYAR DI WAKTU SEBEGINI.


TETAPI
PADA SESIAPA YANG INGIN DILAYARI PADA WAKTU INI...ANDA DI NASIHATKAN AGAR SUBUR
HENDAK NYA...
CUMA YANG TAK BEST NYA..BULAN 6,7 ATAU 8 TAHUN DEPAN AKAN PENUH LAH HOSPITAL2
YANG MMG TERSEDIA MENYEDIA KAN KHIDMAT BERSALIN.

PENUTUPAN INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SIASATAN BANK NEGARA
TERHADAP SKIM CEPAT KAYA YANG DI WAR2 KAN DALAM KACA TELIBESEN..



DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SIASATAN POLIS TERHADAP PENULIS2
BLOG YANG EKSTRIM...



SAYA ADALAH PENULIS YANG MENULIS SAMBIL MAKAN ESKRIM.
(TAPI TU KADANG2 JE..PASAL KALO MAKAN BYK ESKRIM..NANTI SAKIT GIGI)



LAGI PON SAYA NI MMG MALAS NAK MENULIS,SUKA KOMEN ORG PUNYA RUMAH JE.

DENGAN INI SAYA AKHIRI DGN BEBERAPA PERANGKAP PANTUN,TAPI BUKAN PERANGKAP LAJU
(SPEED TRAP)

DUA TIGA KUCING BERSENGGAMA,
MANA NAK SAMA SI KUCING SEPET,
RUMAH INI AKAN DI TUTUP SEMENTARA,
KERANA TUAN RUMAH NAK CUCI KARPET,

BUAH PISANG MASAK SEBIJI,
MASAK SEBIJIK DI ATAS BUMBUNG,
YG MENJADI PERSOALAN NYA INI,
MENGAPA BUAH PISANG TU DI ATAS BUMBUNG?

BUDAK2 MAIN LAYANG-LAYANG,
MAIN LAYANG2 DI ATAS BOKET(BUKIT)
SELAMAT TINGGAL RAKAN2 YANG KUSAYANG,
SALAM IKHLAS MAAF DARI ABGBONCET,

Friday, September 26, 2008

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA ....




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
DI KESEMPATAN INI AKU INGIN MEMOHON AMPON MAAF SEKIRA NYER
ADA TEKASAR ATAU AKU TEKELUAR KATA2 CELAAN PADA SEMUA..
WALAUPON JERI JEMARI SEMUA AKU TAK DAPAT NAK SALAM (DALAM ERTI KATA
LAIN NAK MERAMAS MESRA)
DI KEJAUHAN INI AKU MENYUSUN SEPLOH JARI MOHON KEMAAFAN
(JARI AKU ADA SEPLOH KER?)

lama sangat aku tinggal kan umah ni

orang kata kalo kita tinggal kan rumah terlalu lama..nanti ada makhluk lain yang duduk dalam rumah tu..
tak sedap hati aku nak masok rumah ni tanpa sesuatu..
jadi aku siap kan lah diri aku dan untuk semua





so aku harap pada sesiapa yang masok rumah ni jangan lah berasa risau atau gundah gulana..walaupon gelap tapi tak de pa per pon..

*moral of the story
1.jangan kita tinggal kan rumah terlalu lama(lebih dari 3 hari)
jangan masok rumah yang tak berpenghuni tanpa memberi salam..
2.jangan percaya pada hantu,hantu itu tiada,cuma perasaan kita sahaja yang di ganggu
syaitan dan iblis
3.masa sekolah dulu aku tak belajar moral,tapi belajar agama islam..so..percaya
allah tu ada di sekeliling kita..walaupon kita jarang-jarang memperuntukan masa
untuk mengingati nyer..sekadar lima waktu sehari semalam...
4.renung2 kan lah ......untuk kesedaran aku (sebagai tuan tanah)dan kengkawan semua
yang baik tu datang dari NYA...dan yang buruk tu datang dari ku..amin..

Wednesday, August 13, 2008

N3 tebaru....

Kekadang aku tgk org lain sibuk wat entry(N3) kat blog memasing..
Macam2 ar N3 nyer...byk je idea yang nak di muat turun kan ke blog memasing..(mcm download lak)...Betol per...
Bagi mengelak kan orang kata aku nih tak up2date...kata orang ar..bukan kata aku
Aku pong..(cak pong cak pong)memerah otak cuba membasahkan minda aku
yang dah kering nih...(dah perah mana nak basah lagi ..apa ar ko nih boncet)
Kata2 ni mesti kuar dari mulut korang...temasuk ar aku skali..huhu
Setelah penat aku mencari idea...
baru aku dapat idea utk N3 tebaru aku
Itu pon besangkut paut ngan tajuk N3..

korang baca(lagu ar nih) dan ingat semula zaman kanak2 riang korang
Itu pon kalo korang ingat lagi

POLIS ENTRY(N3 la tuh)
WAN TO JAGA
POLIS MATI
PENCURI JAGA....

lagu zaman kanak2 yang telah dirosakan oleh aku sendiri...


Tuesday, July 29, 2008

layan lain bahase lak...hehehehe




cubalak ubah selera
lagu ni beshhhh woooooo!!!!!!!!!!!!
kalo nak lebih lagi..link kat bawah sekali..
ada lah 2 3 bakul lagu2 jenis nih..

Tuesday, July 22, 2008

kongsi guna eh



kongsi2 guna eh.....
sapa masok leh guna torchlight ni..tapi letak balik .
nanti org len nak guna..hehehehehehe...
torchlight siap ada jam lagi....
takot ko tak sedar lak dah lama masok umah den...
jgn marah aaaa......
nanti kena jual

Saturday, July 19, 2008

LAGU PERMINTAAN








nah lagu nih 2k...layanzzzz

Friday, July 18, 2008

MARI DENGAR SAMA2......

SUKA2 AJER

KETAWA DAN AIRMATA
ITU SEBENAR NYA CINTA
KALAU KAU SEDIH
PASTI KU RASA
BEGITU SEBALIK NYA
KUSENANG ENGKAU CEMBURU
ITU TANDA KAU SAYANGI KU
KAU TAKUT AKAN
KEHILANGAN KU
BEGITU JUGA AKU...
KU JUGA SUKA BILA KAU CURIGA
IA MENGAJAR KU ERTI SETIA
APA PUN SIKAP MU AKU TERIMA
ASALKAN ADAAA...KEBAIKAN
NAMUN SESEKALI SIKAPMU
MEMBUAT AKU JEMU
HINGGA..KAU TAK KU PEDULIKAN
UNTUK MENYEDARKAN..
BELUM PERNAH ADA CINTA
DIDALAM KEHIDUPAN MANUSIA
SEPANJANG MASA BAHAGIA
TANPA AIR MATA...

Thursday, July 17, 2008

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti
jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya
cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah
digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya
wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki
yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini.Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia
juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah
(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau
aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal
si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah
dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar²
membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan
oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan
kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul
selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing²
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa²
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus
dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti
tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang
menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan -
bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi
adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh
selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Tuesday, July 15, 2008

NAMA2 JAWA

P/S: Org Jawa jgn marah yer..just for fun. Pilihan nama jawa yang bagus2
diperturunkan. Kalau kawin dgn Jawa, eloklah guna nama ini untuk anak...
Pilihlah yg anda berkenan:-

Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.
Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi... ..
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokerman

Jangan marah yer...

HINGGA TUTUP MATA

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi



"Cintaku sampai ku menutup mata"

Thursday, July 3, 2008

Kenangan lampau kekadang terimbau jua

Setiap insan yang bernyawa pasti ada kenangan...
cuma bezanya kenangan pahit atau manis.
Macam jugak aku....Kenangan pahit yang tak mungkin aku lupakan menerusi lagu dibawah tu......Sudah 7 tahun berlalu..namun masih segar di ingatan..Tapi tak sesegar embun pagi lagi kerana aku pon sudah mempunyai keluarga sendiri....Arrrrrgggggghhhhhhhhhhhhh...persetan kan semua itu..mengapa aku harus mengingati semua yg berlalu.....(ingat jangan kenang boleh..)heheheehehehe...Dengan kenangan membuat kita lebih tabah dan bersedia utk hari hari mendatang....(yer ker?)

Wednesday, July 2, 2008

Friday, June 20, 2008

KOMEN SKIT







“Ada enam kriteria dalam konteks perkahwinan iaitu pemilihan pasangan berdasarkan agama, keturunan keluarga yang baik, mencari bakal isteri yang masih gadis, memilih bakal isteri dari negeri berbeza, bakal isteri yang sihat (berdasarkan muka dan tapak tangan) dan sikap keprihatinan pasangan masing-masing.“Kalau dijaga enam kriteria ini, insya-Allah masalah seperti keretakan rumah tangga akan dapat diatasi dengan baik,”

Tuesday, June 10, 2008

Sekadar memenuhkan blog aku yg macam tanah gersang nih


gambar bahagia keluarga aku...
percutian aku bersama anak ke-2 aku
sian anak aku yg no 2 tuh..tersepit kat emak dia..
(lokasi kat eagle feed) betul ker aku eja tuh..hehehehehehhehehe..masa aku skolah dulu tak de lak penekanan bahasa inggeris...(aku benci penjajah..
Ini baru permulaan kot aku nak beceloteh dalam blog nih..
selama nih aku tak tau apa pon pasal benda alah nih..