Thursday, July 17, 2008

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti
jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya
cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah
digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya
wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki
yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini.Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia
juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah
(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau
aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal
si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah
dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar²
membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan
oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan
kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul
selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing²
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa²
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus
dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti
tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang
menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan -
bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi
adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh
selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

No comments: